(^_~)

(^_~)

Tuesday 30 December 2014

Mujahidah..

Wanita (Mujahidah)..
Tercoret warkah ini buat akhwat tercinta :') yang seagama dan seaqidah denganku..

Ya akhwat sayang,
Dulu ada seorang srikandi islam yang bernama Sumayyah. Dipaksa memilih antara keluarga dan agama. Dipaksa yang SATU. Kerana dia tahu didunia keluarga takkan bersatu, diteguhnya hati dikuatnya iman..Dia dan keluarga bersatu di Jannah. Adakah sekuat ini imanmu bila keluarga ditindas?

******

Ya Haura al-Maqsurah..
Kenalkah engkau kepada Khadijah? Aisyah? Wanita ini kebanggaan agama islam. Saat dunia menentangnya, dia pertahankan agamanya! Menjadi sayap kiri suami, Nabi Muhammad s.a.w. Adakah madu sekarang bersikap seperti mereka?

******

Ya Wardhatul Syauqah..
Zulaikha? Perdengarkanlah agungnya cinta dia pada Yusuf. Sehigga buta tak kenal dunia. Pada saat dia memilih Islam, Allah satukan Yusuf denganya, tapi cintanya pada Yusuf tidak sekuat Cintanya pada Allah. Harinya berlalu dengan ibadah. Sehingga Yusuf yang kuat jadi lemah mendambakan kasih sayang isterinya Zulaikha. Beginikah cintamu wahai ikhwah?

******

Ya Mujahidah Islam..
Mengaku berjihad, pernah dengar kisah hebatnya Khaulah al-Azwar? Srikandi perang islam. Lagaknya seperti pemuda menhunus perang dimedan perang, bagaikan raksasa tangkasnya berkuda dan sekelip mata menumpahkan darah musuh durjana. Tidak dia angkuh, malah malu untuk mengaku dia wanita yang berjihad bersama tentara Khalid al-Walid. Beginikah jihadmu?

******

Wahai wanita akhirul zaman..
Hadiah apa yang akan kau persembahkan dihadapan Allah? Adakah jihad yang kau gaulkan dengan masalah hati? Mungin kita tidak mampu menandingi ketabahan dan kekuatan serta keimanan srikandi islam terdahulu,kerana kita ternoda dengan satu zaman yang penuh dengan penipuan teknologi! Penyakit hati! Sahabat yang mengaku setia padahal hati berdusta! Harta yang tak bernilai! Semua berebut untuknya!

******

Wahai bakal bidadari syurga..
Fikirlah sejenak, layakkah syurga buatku?
Tidak bimbangkah, bila orang bergantung harap pada kita untuk agama sedangkan kita sibuk memikirkan masalah hati. Wanita itu fitnah dunia, tapi yang solehah adalah bidadari dunia. Ingatlah, orang yang benar alim tidak akan mengaku dirinya alim. Malah dia ingin berada dalam satu tempat dimana dia berjalan bercakap atau apa sahaja tiada yang melihat wajahnya.

******

Ya ukhti tercinta..
Jangan gadaikan akhirat untuk dunia. Engkau perlukan teman menasihati, bacalah kalam agung Illahi Al-Quran Nur Karim pengubat hati. Bila engkau ingin berbicara dengan Allah maka solatlah, jika ingin Allah berbicara denganmu maka bacalah Al-Quran :') Kau akan jumpa nikmat disebalik ayat. Sehingga rindumu berlabuh hanya pada yang Esa.


^^~Cukuplah dengan perkara yang jauh lebih penting. Tinggalkan perkara yang tak pasti dan sia2.. Kita terlalu sibuk fikirkan perkara kecil sehinggakan lupa perkara besar. Jangan ganggu singgahsana Allah (Hatimu).. *Semua akan jadi indah bila tiba waktunya*.. 

Jazakallu kahiran kathira.. (^_~)

No comments:

Post a Comment